Unveiling the Urban Tapestry Through MOBILITI
Gallery inside!
In the Driver's Seat

Unveiling the Urban Tapestry Through MOBILITI

Welcome aboard the inaugural issue of MOBILITI, Prasarana’s bimonthly e-bulletin, where we invite you to embark on a journey through the intricate tapestry of urban life along our Rapid Rail and Rapid Bus routes around Klang Valley, Penang and Kuantan.

Public transport isn't just a means of getting from point A to point B; it's a lifestyle, a connector of diverse experiences, and the pulse of the city.

In these pages, we're here to celebrate urban lifestyles, providing a window into the vibrant happenings and enticing places of interest that await you. Our aim is to keep you well-informed about the latest news and developments in the world of public transport, helping you navigate Klang Valley, Penang and Kuantan with ease.

But we're not stopping there. We're your ticket to offbeat adventures, unveiling hidden treasures and unique experiences accessible via public transport. Whether it's an unexplored corner of the city, a cultural festival, or a mouthwatering street food joint, we're here to guide you on your journey of discovery.

We invite you to join us on this exhilarating ride through the city's lifestyle, news, happenings, and places of interest. Together, we'll embrace the vibrant rhythm of urban life and unlock the secrets that public transport holds. So, join us onboard and explore the city like never before!

AZHARUDDIN MAT SAH

President & Group Chief Executive Officer

Prasarana Malaysia Berhad

__________________________________________

Meneroka Gaya Hidup Kota Menerusi MOBILITI

Selamat datang ke edisi sulung MOBILITI, e-buletin Prasarana yang akan diterbitkan setiap dua bulan. Kami menjemput anda untuk turut bersama kami meneroka pelbagai destinasi menarik di sepanjang laluan Rapid Rail dan Bas Rapid di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Pengangkutan awam bukan sekadar kaedah untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain; ia adalah gaya hidup, penerokaan pengalaman serta nadi bandaraya itu sendiri.

Dalam e-buletin ini, kami ingin meraikan gaya hidup urban, menyingkap tirai yang membuka kepada pelbagai aktiviti yang meriah dan tempat yang menarik. Menerusi terbitan ini, kami turut sajikan kepada anda berita dan perkembangan terkini dalam dunia pengangkutan awam bagi membantu anda meneroka Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Kami tidak berhenti setakat itu sahaja. Kami turut kongsikan pelbagai destinasi menarik, menjejak tempat-tempat menarik yang jarang dikunjungi serta aktiviti yang sedang dan akan dijalankan yang boleh diakses melalui kemudahan pengangkutan awam yang kami sediakan.

Sama ada tempat tersembunyi yang belum diterokai, festival kebudayaan atau kedai makan jalanan yang menyajikan juadah menyelerakan, kami akan menjadi teman yang membawa anda ke destinasi tersebut.

Teruskan membaca topik-topik menarik yang disediakan dan sertai kami dalam perjalanan ini.

AZHARUDDIN MAT SAH

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Prasarana Malaysia Berhad

Editor
Team Mobiliti
April 2, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami