Ikan Bakar Usop Keramat: Kelazatan Asli Masakan Melayu
Gallery inside!
Jom Makan

Ikan Bakar Usop Keramat: Kelazatan Asli Masakan Melayu

Terletak di tengah-tengah Pasar Keramat, kedai Ikan Bakar Usop Keramat (IG: @ikanbakarusopkeramat) menyajikan pelbagai juadah masakan asli Melayu kepada para pengunjung. Sejak 38 tahun lalu, tempat makan ini menjadi tumpuan penggemar ikan bakar yang bukan sahaja dari masyarakat setempat malah pengunjung setianya datang dari Johor dan Kelantan.

Bak namanya, daya penarik utama di Ikan Bakar Usop Keramat adalah hidangan pelbagai jenis ikan bakar termasuk Kembung, Cencaru, Bawal, Siakap, Keli, Telapia, dan Jenahak, yang didatang segar setiap hari dari Pasar Selayang. Apa yang benar-benar membezakan Ikan Bakar di sini, bagaimanapun, adalah air asam dan sambal belacan yang membuka selera setiap pengunjung.

Selain dibakar, para pengunjung turut boleh memilih lauk berasaskan ikan yang dimasak dengan pelbagai cara termasuk kari, asam pedas, dan masak lemak cili api.

Beroperasi setiap hari dari jam 11:00 pagi hingga 4:00 petang, orang ramai yang ingin mencuba makanan yang disajikan di kedai ini boleh menaiki LRT Laluan Kelana Jaya ke Stesen LRT Dato’ Keramat. Daripada stesen berkenaan, anda hanya perlu menapak kira-kira 2 minit ke dalam Pasar Keramat. Aroma dan asap daripada ikan bakar akan membawa anda terus ke Ikan Bakar Usop Keramat.

Kunjungi Ikan Bakar Usop Keramat dan rasai sendiri hidangan ikan bakar yang telah memikat hati orang ramai selama hampir empat dekad.

Editor
Team Mobiliti
June 11, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami