Perlaksanaan KOC Wanita di Laluan MRT Putrajaya
Gallery inside!
R&B (Rel & Bas)

Perlaksanaan KOC Wanita di Laluan MRT Putrajaya

Koc Wanita di platform stesen MRT Laluan Putrajaya

Inisiatif Koc Wanita yang diperkenalkan pada 18 September 2023 bagi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang telah mendapat sambutan positif daripada para penumpang terutama penumpang Wanita yang merangkumi 60 peratus daripada jumlah pengguna rel harian.

Semenjak pelaksanaannya, kadar kes gangguan seksual juga telah menurun daripada purata 3.2 kes kepada 2 kes sebulan, menandakan perlaksanaan Koc Wanita ini memberi impak positif.

Demi memberi keselesaan dan menjaga keselamatan penumpang Wanita, pihak pengurusan Rapid Rail telah meluaskan perlaksanaan Koc Wanita di Laluan MRT Putrajaya pada 8 April 2024.

Seperti Koc Wanita di Laluan MRT Kajang, setiap stesen dan tren MRT Laluan Putrajaya dipasang pelekat khas bewarna merah jambu bagi memudahkan pengguna wanita mengenalpasti koc tersebut.

Petugas stesen MRT bersama para penumpang di stesen

Selain pelekat khas tersebut, pihak Polis Bantuan (PB) Rapid KL turut memantau secara berkala di dalam tren dan stesen untuk memastikan etika penggunaan Koc Wanita dipatuhi semua pengguna rel.

Koc Wanita ini turut membenarkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah yang ditemani oleh penjaga wanita dan seluruh komuniti OKU termasuk penjaganya untuk mengunakan koc khas ini.

Perlaksanaan inisiatif ini akan diperkenalkan pada laluan lain mengikut hasil kajian semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Koc Wanita, sila layari https://myrapid.com.my/kocwanita/.

Editor
Team Mobiliti
June 11, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami