BRT Run kembali lagi!
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

BRT Run kembali lagi!

Orang ramai dijemput untuk menyertai BRT Run 2023 yang bakal berlangsung pada 25 November depan. Tahun keempat penganjurannya, acara larian malam ini akan diadakan di atas trek Laluan BRT Sunway di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya. Tema larian pada tahun ini adalah Neon.

Orang ramai yang berminat boleh memilih salah satu daripada dua kategori yang dipertandingkan - Larian 10km (Yuran penyertaan: RM65.00) atau Larian Fun Run 5km (Yuran penyertaan: RM55.00). Pemenang acara Larian 10km bakal berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai, baucer membeli belah dan barangan Rapid KL bernilai sehingga RM10,000.00!

Apa tunggu lagi? Daftar penyertaan anda di https://raceroster.com/events/2023/80891/brt-run-2023. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 November 2023. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.myrapid.com.my.

Jumpa di sana!

Editor
Team Mobiliti
April 2, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami