Prasarana Antara Agensi Yang Terpilih Menjayakan Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Utara
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

Prasarana Antara Agensi Yang Terpilih Menjayakan Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Utara

Wakil dari Prasarana yang bertugas di reruai Prasarana

Program Madani Rakyat (PMR) 2024 meneruskan siri jelajah ke Zon Utara dimana Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang menjadi lokasi pilihan kali ini bermula 3 hingga 5 Mei 2024.

Kementerian Pengangkutan (MOT) selaku kementerian peneraju untuk PMR kali ini bertindak sebagai kementerian yang mengendali serta memastikan segala persiapan sebelum, semasa dan selepas PMR berjalan dengan lancar dalam segala aspek yang berkaitan.

Ketua Setiausaha MOT, Dato’ Jana Santhiran Muniayan dan Timbalan Ketua Setiausaha Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid melawat reruai dibawah MOT

Lain-lain agensi dibawah MOT yang terpilih adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Railway Aset Corporation (RAC), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Batik Air, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia/Malaysian Aviation Commission (MAVCOM).

Pada hari pertama PMR, dianggarkan lebih daripada 200 pengunjung hadir ke reruai Prasarana/Rapid Penang. Prasarana mempromosikan Pas Mutiara My50, perkhidmatan Rapid Mobility & Charter Service dan aplikasi Myrapid PULSE. Turut hadir pada hari pertama adalah Ketua Setiausaha MOT, Dato’ Jana Santhiran Muniayan dan Timbalan Ketua Setiausaha Dr. Nor Fuad bin Abdul Hamid.

Sekitar hari kedua PMR, Prasarana mengambil peluang untuk mengadakan Kuiz ‘Get to know Rapid Penang’ di pentas utama Pavilion MOT pada slot sebelah petang. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah turut membuat kunjungan ke reruai agensi-agensi MOT.

Hari terakhir PMR 2024, pasukan di reruai Prasarana yang diketuai oleh Ketua Wilayah Utara Rapid Bus Sdn. Bhd. En. Ahmad Shabuddin bin Abdullah menerima kunjungan Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke dan TKSU Dasar, Dato’ Normah binti Osman. YB menzahirkan minat mendalam ke atas perkhidmatan Rapid Mobiliti Penang dan telah diberi penerangan berkenaan perkhidmatan ini.

Paling mencuri tumpuan, kehadiran YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hadir untuk Majlis Perasmian Penutup. Dianggarkan seramai 100,000 pengunjung hadir di Tapak Pesta di hari ketiga dan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara telah diakhiri dengan Majlis Jamuan Rakyat Peringkat Zon Utara.

Tags:
Editor
Team Mobiliti
June 11, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami