Selangkah Lebih Dekat Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Hijau Dengan Bas Elektrik
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

Selangkah Lebih Dekat Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Hijau Dengan Bas Elektrik

Volvo Buses, sebahagian daripada Volvo Group (Volvo) yang merupakan salah satu peneraju global dalam penyelesaian pengangkutan lestari, dan Gemilang International Ltd. (Gemilang), pengilang bas dan koc tempatan terbesar di Malaysia, telah melancarkan bas elektrik yang pertama dibina di dalam negara iaitu Volvo BZL-GML Eco Range. Ia merupakan bas elektrik bandar kelas premium yang berlantai rendah dengan dua pintu.

Satu upacara menandatangani perjanjian dengan Rapid Bus Sdn Bhd (“Rapid Bus”) telah diadakan dan diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yazurin Sallij. Antara intipati perjanjian adalah tempoh operasi percubaan yang dijangka berlangsung antara enam (6) bulan sehingga satu (1) tahun, bermula Julai 2024 ini, di mana satu unit bas elektrik Volvo BZL-GML Eco Range akan beroperasi di Laluan 581 iaitu perjalanan Desa Tasik – LRT Bandar Tasik Selatan.

Bas elektrik tersebut yang menggabungkan pengalaman mobiliti elektro Volvo di Eropah dengan kepakaran tempatan Gemilang menawarkan aspek keselamatan, kecekapan serta bebas emisi. Casis dan komponen pacuan kuasa yang cekap tenaga daripada Volvo BZL telah dijurutera dan dibina berdasarkan standard tertinggi di kilang pengeluaran Volvo di Sweden, menggunakan material premium serta reka bentuk struktur termaju untuk memberikan kapasiti penyimpanan tenaga dan kekuatan yang terbaik.

Penyelesaian pengangkutan awam sifar emisi yang ditawarkan oleh Volvo BZL-GML Eco Range serba baharu ini selari dengan pelan Malaysia untuk meningkatkan jumlah penggunaan bas elektrik di bandar-bandar utama bermula di Lembah Klang dan menyokong usaha Rapid Bus untuk menggantikan sepenuhnya bas berenjin diesel kepada bas elektrik.

Tags:
Editor
Team Mobiliti
June 11, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami