Laluan LRT di antara Stesen Bandaraya-Masjid Jamek dibuka kembali sepenuhnya
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

Laluan LRT di antara Stesen Bandaraya-Masjid Jamek dibuka kembali sepenuhnya

Setelah lebih setahun, para pengguna LRT bagi laluan di antara Stesen Bandaraya-Masjid Jamek kini boleh menarik nafas lega apabila laluan tersebut dibuka sepenuhnya pada 17 Februari lepas.

Photo Credit : WARNA ONLINE

Dengan pembukaan semula operasi bagi perkhidmatan LRT di kedua-dua stesen berkenaan, para penumpang tidak perlu lagi menaiki bas perantara bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya.

Sejak Januari 2023, laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya terpaksa ditutup susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

Photo Credit : WARNA ONLINE
Editor
Team Mobiliti
June 11, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami