Perjalanan ke stesen LRT kini lebih mudah dengan perkhidmatan Pulse dan E-Hailing Airasia Ride
Para pengguna perkhidmatan LRT di beberapa stesen terpilih kini boleh menarik nafas lega apabila perjalanan mereka ke stesen masing-masing menjadi lebih mudah dengan tersedianya perkhidmatan first-mile-last-mile (FMLM) yang lebih lancar hasil jalinan strategik antara Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan AirAsia Move.
Jalinan strategik tersebut menyaksikan integrasi aplikasi MyRapid PULSE dengan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride, sekali gus memudahkan perjalanan orang ramai dari tempat kediaman ke stesen LRT.
Pengguna Rapid KL akan menikmati rebat eksklusif RM2 untuk perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride melalui aplikasi PULSE di 24 stesen LRT terpilih, dengan kod promo yang diperuntukkan bagi pengguna aplikasi PULSE. Pengguna aplikasi PULSE juga mendapat rebat dua penebusan setiap hari melalui kod promo stesen yang disenaraikan.