Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024

Berita baik kepada para pengguna LRT laluan Ampang/Sri Petaling! Setelah kira-kira 12 bulan tergendala akibat keretakan pada struktur jejambat di kawasan berkenaan, perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya dijangka akan beroperasi semula pada 29 Feb 2024 selepas kerja-kerja pembaikan menyeluruh struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya siap sepenuhnya.

Akibat keretakan tersebut, pihak Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya. Namun Prasarana telah menyediakan bas-bas perantara yang menghubungkan kedua-dua stesen tersebut bagi memastikan para penumpang LRT dapat meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing-masing.

LRT Laluan Ampang/Sri Petaling / Bernama
Editor
Team Mobiliti
April 2, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami