Rapid Bus perkenal perkhidmatan percubaan bas perantara ke stesen LRT dan MRT terpilih
Berita baik untuk para pengguna perkhidmatan LRT dan MRT di sekitar kawasan Puchong, Seri Kembangan dan Cheras! Bermula 25 September lepas, Rapid Bus telah melaksanakan perkhidmatan percubaan bas perantara ke stesen-stesen LRT dan MRT di kawasan-kawasan tersebut untuk tempoh tiga bulan sehingga 24 Disember depan.
Laluan bas yang terlibat adalah Laluan T545 (Stesen MRT Putra Permai – Stesen LRT Puchong Perdana) dan Laluan T569 (Stesen MRT Serdang Raya – Stesen MRT Batu 11). Perkhidmatan tersebut akan beroperasi pada setiap hari dari jam 6:00 pagi sehingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit. Tambang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut adalah RM1.00 untuk perjalanan sehala.
Maklumat lengkap berkenaan hentian-hentian untuk laluan T545 dan T569 boleh didapati di platform media sosial dan laman web rasmi Rapid KL.