Rapid KL tambah 2 lorong bas mulai 15 November
Gallery inside!
Berita@Mobiliti

Rapid KL tambah 2 lorong bas mulai 15 November

Orang ramai yang menggunakan bas di sekitar kawasan Jalan Genting Klang serta Jalan Ampang kini mampu menikmati perjalanan yang lebih lancar dengan pengenalan 2 lorong bas tambahan ketika waktu puncak. Bermula 15 November 2023, Rapid KL telah melaksanakan dua projek percubaan lorong bas tambahan di Jalan Genting Kelang serta Jalan Ampang.

Selain sampai ke destinasi masing-masing lebih awal berbanding sebelum ini (penjimatan lebih 20 minit!), pengenalan lorong bas tambahan sekaligus membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Bas Rapid KL

Projek percubaan lorong bas di Jalan Genting Klang beroperasi antara 15 November 2023 hingga 14 Februari 2024 dari jam 6 hingga 9 pagi, pada Isnin hingga Jumaat, sementara projek lorong bas Jalan Ampang pula beroperasi untuk tempoh yang sama untuk waktu puncak petang, bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam. Kekerapan bas bagi kedua-dua laluan tersebut adalah setiap tiga hingga lima minit.

Semenjak lorong bas dilancarkan di koridor Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang, pihak Rapid KL telah mencatatkan peningkatan purata penumpang harian sebanyak 14% di Jalan Ampang untuk 2 laluan manakala purata penumpang harian di Jalan Genting Klang mencatatkan peningkatan sebanyak 16% untuk 6 laluan.

Lorong Bas di Jalan Genting Klang
Editor
Team Mobiliti
April 2, 2024

MENEROKA GAYA HIDUP WARGA KOTA MENERUSI MOBILITI

Follow
Kami